Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenfone 9 kini rasmi dengan Snapdragon 8+ Gen 1

Asus Zenfone 9 kini rasmi dengan Snapdragon 8+ Gen 1 1

Asus Zenfone 9 kini rasmi dengan Snapdragon 8+ Gen 1 2

Asus secara rasminya telah melancarkan Asus Zenfone 9 yang tampil dengan reka bentuk lebih kompak berbanding Zenfone 8 namun kebanyakkan komponen utama telah ditambah baik.

Kami mulakan dengan skrin, Asus Zenfone 9 tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 5.9-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongan HDR10+ serta kecerahan maksima mencecah 1,100nits.

Asus Zenfone 9 kini rasmi dengan Snapdragon 8+ Gen 1 3

Asus Zenfone 9 juga dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1, tiga konfigurasi RAM LPDDR5 dan storan dalama UFS 3.1 iaitu 8/128GB, 8/256G2B dan 16/256GB serta sistem penyejukan VC yang lebih besar.

Telefon pintar ini hadir dengan rangka yang diperbuat daripada aluminium manakala panel belakang adalah dari bahan polimer yang lebih lasak dan ianya turut mempunyai pensijilan IP68 dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus pada bahagian hadapan.

Asus Zenfone 9 kini rasmi dengan Snapdragon 8+ Gen 1 4

Turut menonjol pada Zenfone 9 adalah kamera yang didakwa 40% lebih besar dengan penggunaan sensor utama 50MP Sony IMX766 dan satu sensor ultrawide 115⁰ 13MP Sony IMX363 dan sensor selfie 12MP juga dari Sony.

Asus Zenfone 9 kini rasmi dengan Snapdragon 8+ Gen 1 5

Selain itu, Asus Zenfone 9 juga memiliki bateri berkapasiti 4,300mAh dengan pengecasan pantas 30W HyperCharge, pembesar suara stereo, sensor capjari pada butang kuasa dan aplikasi Game Genie seperti pada telefon pintar Asus ROG.

Asus Zenfone 9 kini rasmi dengan Snapdragon 8+ Gen 1 6

Asus Zenfone 9 akan ditawarkan pada harga yang bermula dari €800 iaitu sekitar 3,633 dan ianya akan ditawarkan di pasaran Eropah, Hong Kong, Taiwan sebelum ke pasaran Amerika Utara, Jepun, Indonesia dan Amerika Selatan.

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.