Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X8 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 5 Ogos ini

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar Honor X8 5G akan ditawarkan untuk pembelian di Malaysia bermula 5 Ogos.

Honor X8 5G ini hadir dengan pelbagai perbezaan dalaman apabila dibandingkan dengan Honor X8 4G.

Honor X8 5G dengan skrin IPS LCD berukuran 6.5-inci, cip Qualcomm Snapdragon 480+ yang lebih berkuasa, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, Honor X8 5G menampilkan penggunaan sensor utama 48MP bersama sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Tiada sensor ultrawide seperti pada versi 4G. Kamera selfie punch-hole 8MP juga disertakan.

Dalam pada itu, Honor X8 5G tampil dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 22.5W.

Honor X8 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Midnight Black dan Ocean Blue namun buat masa ini harga jualan tidak diketahui.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.