Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y77 5G kini rasmi di Malaysia dengan cip Dimensity 810 dan kamera utama 50MP – RM 1,299

vivo secara rasminya telah memperkenalkan vivo V77 5G di Malaysia yang kini ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga RM 1,299.

vivo V77 5G merupakan telefon pintar midrange 5G yang memiliki reka bentuk premium 2.5D dengan ketebalan 8.25mm dan berat 194 gram.

Selain itu, vivo Y77 5G juga memiliki skrin paparan LCD Incell FHD+ berukuran 6.58-inci, cip pemproses Mediatek Dimensity 810, 8GB RAM dengan ciri Extended RAM 2.0 yang memberikan tambahan 4GB RAM maya dan storan dalaman 256GB.

Beralih ke bahagian kamera, vivo Y77 5G disertakan dengan sensor utama 50MP bersama satu sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

vivo Y77 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 18W, antaramuka FunTouch OS 12 yang berasaskan Android 12 dan ultra game mode.

vivo Y77 5G hadir didalam dua pilihan warna iaitu Starlight Black dan Glowing Galaxy pada harga RM1,299 dan ianya kini telah dibuka untuk pra-tempahan di E-store rasmi vivo Malaysia, dan stor flagship rasmi vivo Malaysia di Shopee dan Lazada.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan vivo Y77 5G dari 8 hingga 15 Julai akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM597 yang termasuk baucar   daripada Hisense, Rever dan Gravastar, TWS Foome, 1-tahun lanjutan waranti dan 1-tahun perlindungan skrin.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.