Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT2 Explorer Master akan menjadi telefon pintar pertama didunia dengan RAM LPDDR5X

realme GT2 Explorer Master edition akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai ini dan ianya telah disahkan akan menjadi telefon pintar pertama didunia dengan penggunaan RAM jenis LPDDR5X.

RAM jenis LPDRR5X ini menawarkan kelajuan sehingga 8.5Gbps iaitu lebih pantas berbanding LPDDR5 (sehingga 6.4Gbps) yang digunakan pada kebanyakkan telefon pintar flagship di pasaran.

Selain itu, standard RAM terbaru ini juga 20% lebih cekap tenaga dan ianya hanya dikeluarkan oleh Samsung dan Micron sahaja.

Dalam pada itu, realme juga telah mengesahkan telefon pintar ini akan hadir dengan skrin paparan 10-bit HDR10+ dan kadar segar semula 120Hz serta cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.