Nothing Phone (1) dijangka akan menyokong pengecasan pantas 33W
Saban hari, satu per satu spesfikasi Nothing Phone (1) didedahkan sebelum tiba ke detik pelancaran pada 12 Julai ini.
Terbaru, Nothing Phone (1) telah disahkan akan menyokong pengecasan pantas 33W selepas ianya disenaraikan di laman sesawang TUV Sud yang mendedahkan ianya mampu menyokong pengecasan pada kadar 11V 3A atau 33W.
Dalam pada itu, penyenaraian oleh TUV Sud ini adalah bersama adapter pengecasan 45W yang tidak dapat dipastikan samada ianya akan disertakan dalam kotak atau dijual berasingan.
Setakat ini, telah disahkan bahawa Nothing Phone (1) akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 120Hz, cip Snapdragon 778G+, panel belakang lutsinar dan pengecasan tanpa wayar.