Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y77 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 7 Julai ini

vivo Y77 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 7 Julai ini 3

vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo Y77 5G akan dilancarkan untuk pengguna tempatan pada 7 Julai ini.

Buat masa ini pihak vivo Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat spesifikasi telefon pintar ini kecuali ianya akan hadir dengan storan dalaman yang luas iaitu 256GB.

Selain itu, vivo Y77 5G ini juga telah disahkan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Starlight Black dan Glowing Galaxy.

Dalam pada itu, berdasarkan makluman pelancaran ini, vivo Y77 5G juga kelihatan akan memiliki tetapan tri-kamera dibelakang dan skrin paparan yang memiliki takukan di bahagian atas skrin.

Majlis pelancaran vivo Y77 5G akan berlangsung pada 7 Julai ini pada jam 7.07 malam di Facebook vivo Malaysia , Twitter vivo Malaysia, YouTube vivo Malaysia, TikTok vivo Malaysia, Shopee, dan Lazada.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.