Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12S Series dengan teknologi kamera Leica akan dilancarkan pada 4 Julai ini

Xiaomi 12S Series dengan teknologi kamera Leica akan dilancarkan pada 4 Julai ini 1

Xiaomi 12S Series dengan teknologi kamera Leica akan dilancarkan pada 4 Julai ini 2

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar flagship terbaru syarikat ini iaitu Xiaomi 12S Series pada 4 Julai ini.

Xiaomi 12S Series akan menjadi telefon pintar pertama syarikat ini untuk tampil dengan teknologi kamera yang dibangunkan bersama Leica.

Berdasarkan poster rasmi yang dimuatnaik di akaun weibo Xiaomi, Xiaomi 12S Series akan terdiri daripad tiga model iaitu Xiaomi 12S, Xiaomi 12S Pro dan Xiaomi 12S Ultra.

Setakat ini Xiaomi belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai telefon pintar ini namun Xiaomi 12S dikatakan sebagai peranti kompak flagship, Xiaomi 12S Pro pula sebagai flagship dan Xiaomi 12S Ultra sebagai flagship dengan teknologi kamera terbaik.

Pelancaran rasmi Xiaomi 12S akan berlangsung minggu hadapan.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.