Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

IDC : Pasaran telefon pintar Malaysia alami penurunan hampir 30% pada suku pertama 2022

Laporan terbaru daripada IDC mendapati peratusan penurunan yang besar bagi pasaran telefon pintar Malaysia.

Jualan telefon pintar di Malaysia telah menurun sebanyak 28.8% pada suku pertama 2022 dan punca utama penurunan ini dikatakan kerana penawaran model telefon pintar 4G mampu milik yang rendah dan peningkatan kos hidup yang mendadak.

Selain itu, IDC juga meramalkan bahawa secara keseluruhan pasaran telefon pintar Malaysia akan susut 5% sepanjang tahun ini.

Samsung masih mendahului pasaran telefon pintar Malaysia dengan 33.9% diikuti Xiaomi dengan 21.4% dan OPPO melengkapkan senarai tiga syarikat terbaik di Malaysia dengan 12.9%.

Dalam pada itu, vivo berada di tempat keempat dengan 11.7% pegangan pasaran manakala realme di tempat kelima dengan 7.8%.

Lebih lanjut, Apple tidak disenaraikan didalam senarai 5 syarikat terbaik di Malaysia.

Sumber

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.