realme GT Neo 3 Naruto Edition disahkan tidak akan memasuki pasaran Malaysia
realme Malaysia telah mengadakan satu majlis media yang memberikan para media tempatan previu awal kepada realme GT Neo 3 yang akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Jun ini.
Walaupun tidak mendedahkan maklumat harga, realme GT Neo 3 adalah antara telefon pintar yang dinantikan khususnya kerana reka bentuk yang menarik dan spesfikasi yang lebih premium.
realme GT Neo 3 akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, cip MediaTek Dimensity 8100, 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB.
Selain itu, realme GT Neo 3 juga memiliki sensor 50MP Sony IMX 766 yang mempunyai OIS dan ianya juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
realme GT Neo 3 bagi pasaran Malaysia akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dan ianya disertakan dengan pengecasan pantas 80W
realme GT Neo 3 akan ditawarkan didalam warna Silverstone Silver dan Le Mans Blue.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan realme GT Neo 3 Naruto Edition, pihak realme Malaysia telah mengesahkan edisi khas ini tidak akan memasuki pasaran Malaysia didalam waktu terdekat.