Black Shark 5 Pro dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 1 kini di Malaysia – dari RM 3,699
Black Shark secara rasminya telah melancarkan Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro untuk pasaran Malaysia dan ianya menjadi pasaran global pertama untuk menerima telefon pintar ini.
Model paling mencuri tumpuan adalah Black Shark 5 Pro yang hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.
Black Shark 5 Pro
Black Shark 5 Pro merupakan model paling atas yang dilancarkan dan ianya dilancarkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang dipadankan dengan 12GB atau 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1.
Cip ini juga disertakan dengan dua ruang wap 4,323 mm² dan 997 mm².
Xiaomi Black Shark 5 Pro hadir dengan skrin paparan 6.67-inci yang merupakan panel 10-bit yang menyokong HDR10+ dan gamut warna DCI-P3. Skrin ini juga menyokong kadar segar semula 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720Hz serta butang magnetik pada sisi.
Beralih kepada bateri, Black Shark 5 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,650mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W yang membolehkan kapasiti penuh dicapai didalam masa 15 minit sahaja.
Selain itu, Black Shark 5 Pro juga mempunyai dua pembesar suara yang telah dinobatkan telefon pintar dengan sistem audio terbaik DxOMark dengan 86 mata dan terdapat X-axis linear motor untuk tindak balas haptik yang lebih baik.
Akhir sekali, Black Shark 5 Pro memiliki sensor utama 108MP 1/1.52”, sensor ultrawide 13MP 120° dan sensor telefoto 5MP.
Black Shark 5 Pro akan ditawarkan mulai 8 Jun pada harga seperti berikut.
Black Shark 5 Pro 12GB + 256GB: RM 3,699 Black Shark 5 Pro16GB + 256GB: RM 3,999
Dapatkan Black Shark 5 Pro di :
Black Shark 5 Pro:-
Shopee: https://bit.ly/3NePTUv
Lazada: https://bit.ly/3m9uakP
TikTok: https://bit.ly/3Q9Y8mK