ULASAN : HUAWEI MatePad 10.4 – Tablet Midrange Berkebolehan Tinggi
Sejak melancarkan tablet pertamanya pada 2010, Huawei telah melancarkan pelbagai model tablet yang tidak kurang hebatnya – dari Siri M yang mempunyai pelbagai keupayaan multimedia, kepada HUAWEI MatePad yang membolehkan pengguna memanfaatkan produktiviti dan kreativiti dengan lebih baik
Pada Jun 2021, HUAWEI telah memperkenalkan tablet pertama syarikat dengan HarmonyOS iaitu HUAWEI MatePad Pro – yang terbukti sangat popular dengan pengguna di seluruh dunia.
HUAWEI MatePad 10.4 (2022) yang baharu dan dipertingkatkan ini turut tampil dengan HarmonyOS 2 dan turut menyokong HUAWEI M-Pencil generasi kedua. Ia juga menyokong pelbagai jenis aplikasi nota untuk produktiviti dan pengalaman pendidikan yang lebih baik.
Ini adalah ulasan HUAWEI MatePad 10.4 (2022) yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,599.
Reka Bentuk
HUAWEI MatePad 10.4 (2022) hadir dengan reka bentuk yang premium walaupun tablet ini adalah sebuah tablet kelas midrange.
Tablet terbaru HUAWEI ini tampil dengan bingkai lengkung mikro yang menjadikan peranti kelihatan lebih nipis. Ini juga memberikan ergonomik yang lebih baik dan selesa ketika digunakan.
HUAWEI MatePad 10.4 (2022) ini mempunyai sekitar 450gram dengan ketebalan 7.35mm.
Pada bahagian hadapan, HUAWEI MatePad 10.4 (2022) ini mempunyai skrin paparan 2K berukuran 10.4-inci yang memberikan pengguna pengalaman visual dan bezel yang tidak terlalu tebal membolehkan tablet ini memiliki skrin nisbah skrin kepada rangka 84%.
Selain itu, HUAWEI MatePad 10.4 (2022) ini juga dilengkapi 4 pembesar suara ( dua pembesar suara pada sisi kanan dan kiri tablet) yang dibangunkan dengan kerjasama Harmon Kardon yang memberikan pengguna pengalaman audio yang mengasyikkan ketika anda menonton filem atau mendengar lagu kegemaran anda.
Bercakap mengenai butang, terdapat 2 butang pada tablet ini iaitu butang kuasa dan butang kelantangan suara yang mana ianya diletakkan berhampiran bucu kiri ketika tablet diletakkan didalam mod lanskap.
Skrin Paparan
HUAWEI MatePad 10.4 (2022) hadir dengan skrin paparan HUAWEI FullView berukuran 10.4-inci yang memberikan pengguna sebuah panel skrin yang mampu menawarkan kepuasan visual yang terbaik.
Skrin paparan IPS ini menawarkan resolusi 2000 x 1200 piksel dengan kecerahan maksima 470 nits.
Skrin Paparan inu juga memiliki ciri perlindungan mata berbilang lapisan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna tanpa sebarang kebimbangan walaupun selepas penggunaan berpanjangan.
Tablet ini juga telah menerima pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker Free yang membuktikan keupayaan HUAWEI MatePad untuk meminimumkan
kesan skrin pada mata, memberikan perlindungan mata yang menyeluruh kepada pengguna.
Selain itu, skrin paparan ini juga menyokong input stylus M Pencil generasi kedua yang membuka potensi untuk anda menterjemahkan kreativiti anda dengan lebih mudah.
Ia juga menyediakan pengguna pengalaman menulis seperti menggunakan pensel untuk kecekapan yang lebih baik semasa pembelajaran dan senario bekerja.
Pemproses
HUAWEI MatePad 10.4 (2022) dikuasakan dengan cip keluaran tersendiri syarikat ini iaitu Kirin 710A yabg turut memiliki GPU Mali-G51.
Lebih penting, HUAWEI MatePad 10.4 (2022) ini hadir dengan sistem operasi HarmonyOS 2.0 mempunyai antara muka pengguna produktiviti HarmonyOS 2 yang serba baharu (UI) dan menambah Bottom Dock baharu di bahagian bawah skrin, yang membolehkan pantas akses kepada aplikasi yang kerap dan baru digunakan.
Huawei juga memperkenalkan pelbagai ciri yang mengagumkan untuk merealisasikan interaksi intuitif, termasuk Multi-screen Collaboration, Multi-Window dan App Multiplier. Satu lagi penambahan baharu ialah File Manager yang telah dipertingkat dan ini membolehkan pengguna mencari fail dengan mudah.
Selain itu, HUAWEI MatePad 10.4 (2022) ini juga mempunyai storan dalaman 128GB dan ianya juga menyokong tambahan memori sehingga 512GB dengan menggunakan kad microSD.
HUAWEI Smart Keyboard
HUAWEI MatePad menyertakan pelbagai ciri yang mengagumkan.
Papan kekunci ini menampilkan jarak menaip 1.3mm untuk pengalaman penaipan yang selesa dan responsif. Ianya juga terbukti tidak memenatkan walaupun anda melakukan taipan untuk tempoh yang lama.
Bateri
HUAWEI MatePad dilengkapi dengan bateri berkapasiti 7,250mAh dan ianya juga menyokong pengecasan pantas 22.5W dan hanya 2.5 jam diperlukan untuk mengecas penuh bateri gergasi ini.
Dengan bateri ini, anda boleh menikmati sehingga 12 jam tontonan video 1080p berterusan tanpa perlu melakukan pengecas yang menjadikanya tablet ideal untuk memenuhi keperluan hiburan anda.
Penutup
HUAWEI MatePad 10.4 (2022) terbukti sebagai sebuah tablet yang serba lengkap dan mampu menjadi satu peranti Super Device yang berkuasa dengan HarmonyOS yang terbaru.
Selain itu, harga RM 1,599 juga meletakkan tablet ini sebagai antara tablet midrange terbaik kepada dipasaran.
Beli HUAWEI MatePad 10.4 (2022) di SINI