Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Jun ini

realme GT Neo 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Jun ini 1

realme GT Neo 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Jun ini 2

realme secara rasminya telah mengesahkan realme GT Neo 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Jun ini.

realme GT Neo 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Jun ini 3

realme GT Neo 3 akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Paparan ini juga menyokong kandungan HDR10+ dan ianya mempunyai cipset paparan khas untuk mengstabilkan kadar bingkai pada permainan video dan mengurangkan penggunaan tenaga.

realme GT Neo 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Jun ini 4

realme GT Neo 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Jun ini 5

Selain itu, realme GT Neo 3 hadir dengan cip 5nm MediaTek Dimensity 8100 yang disertakan bersama dua kapasiti RAM jenis LPDDR5 iaitu 8GB atau 12GB dan dua pilihan storan dalaman jenis UFS 3.1 iaitu 128GB atau 256GB. Ianya turut disertakan dengan realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

Selain itu, realme GT Neo 3 juga memiliki sensor 50MP Sony IMX 766 yang mempunyai OIS dan ianya juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

realme GT Neo 3  bagi pasaran Malaysia akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dan ianya  disertakan dengan pengecasan pantas 80W yang membolehkan pengecasan penuh dilakukan didalam masa 32 minit sahaja.

Selain itu, realme juga menyertakan teknologi perlindungan bateri Ultra Battery Protection yang memastikan kapasiti bateri akan kekal pada kadar 80% walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan.

realme GT Neo 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Jun ini 6

realme GT Neo 3 akan ditawarkan didalam warna Silverstone Silver dan Le Mans Blue.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.