Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ASUS ROG Phone 6 dan realme GT 2 Master Explorer Edition akan jadi telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1

ASUS ROG Phone 6 dan realme GT 2 Master Explorer Edition akan jadi telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 1

ASUS ROG Phone 6 dan realme GT 2 Master Explorer Edition akan jadi telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 2

Beberapa hari lalu Qualcomm telah mengumumkan pelancaran cipset flagship terbaru mereka iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 yang tampil dengan sedikit peningkatan dari segi prestasi dan kecekapan tenaga.

Setakat ini kebanyakkan syarikat pengeluar telefon pintar telah mengesahkan akan melancarkan telefon pintar dengan cipset ini mulai suku ke-3 tahun ini.

Terbaru, ASUS secara rasminya telah mengesahkan bahawa ASUS Phone 6 akan menjadi telefon pintar gaming pertama untuk hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 ini.

ASUS ROG Phone 6 dan realme GT 2 Master Explorer Edition akan jadi telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 3

Selain ASUS, realme juga telah mengesahkan telefon pintar realme GT 2 Master Explorer Edition akan menjadi antara telefon pintar pertama dipasaran dengan cip flagship terbaru Qualcomm ini.

Walaubagaimanapun, realme GT 2 Master Explorer Edition dijangka akan ditawarkan di China terlebih dahulu dan dijangka eksklusif untuk pasaran negara tembok besar itu sahaja.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.