OPPO Find X5 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 4,999 – cip Snapdragon 8 Gen 1 dan kamera flagship dengan kerjasama Hasselblad
Oppo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu Oppo Find X5 Pro di Malaysia pada harga RM 4,999.
Oppo Find X5 Pro
Oppo Find X5 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 1440p+ dan kadar segar semula 120Hz. Ianya adalah panel LTPO2 yang bermaksud kadar sebar semula skrin ini adalah dinamik mengikut kandungan ( 1Hz hingga 120Hz). Skrin paparan ini juga menyokong 10-bit warna dan mampu mencapai kadar kecerahan sehingga 1,300nits.
Selain itu, Oppo Find X5 Pro juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus pada bahagian hadapan manakala panel belakang adalah diperbuat daripada seramik. Telefon pintar ini juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68.
Oppo Find X5 Pro hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya menawarkan antaramuka ColorOS 12.1 yang berasaskan Android 12.
Oppo Find X5 memiliki dua sensor utama 50MP iaitu Sony IMX766 yang sama seperti generasi sebelum ini namun pelbagai penambahbaikan telah diberikan khususnya dengan penggunaan cip NPU 6nm MariSilicon X.
Dengan MariSilicon X, Oppo Find X5 Pro kini mampu mengambil rakaman video 4K Ultra Night yang lebih jelas dan warna yang lebih baik.
Selain itu, mod Pro pada aplikasi kamera telefon pintar ini menawarkan ciri Hasselblad Natural Color Calibration yang bergantung kepada sensor warna 13 saluran dan Oppo juga menggunakan elemen kaca pada kamera yang meningkatkan ketepatan warna dan Hasselblad juga telah membangunkan Master Filters
Kamera telefoto yang disertakan pada Oppo Find X5 Pro adalah unit 13MP dengan 2x zoom optik dan 5x zoom hibrid.
Kamera selfie adalah sensor Sony IMX709 dan pemprosesan imej selfie ini juga dilakukan oleh MariSilicon X.
Beralih kepada bateri, Oppo Find X5 Pro memiliki bateri 5,000mAh dan ianya menyokong pengecasan pantas 80W SuperVOOC dan pengecasan tanpa wayar 50W AirVOOC.
Bateri ini juga dilengkapi Battery Health Engine yang meningkatkan jangka hayat bateri dimana ianya mampu mengekalkan kapasiti 100% sehingga 1,600 kitaran pengecasan sebelum jatuh ke tahap 80% kapasiti. Ini adalah 2 kali ganda lebih lama berbanding bateri pad telefon pintar lain.
Oppo Find X5 Pro juga memiliki pembesar suara stereo Dolby Atmos, sistem penyejukan vapor chamber yang 75% lebih besar berbanding generasi lalu dan lapisan graphene pada bahagian pengecasan AirVOOC.
Oppo Find X5 Pro akan ditawarkan dalam dua warna iaitu Ceramic White dan Glaze Black pada harga RM 4,999.
Pra-tempahan OPPO Find X5 Pro kini telah dibuka mulai hari ini sehingga 27 Mei di mana setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,397 yang termasuk OPPO Enco X2 bernilai RM799, Perlindungan Skrin 1 Tahun bernilai RM399, Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM199 dan pelbagai keistimewaan melalui Aplikasi MY OPPO selepas pendaftaran.
Pengguna juga akan menerima hadiah tambahan, seperti sarung telefon Kevlar bernilai RM129, Pin Tambah Nilai T&G bernilai RM100 dan Baucar Hadiah bernilai RM100, menjadikan jumlah keseluruhan hadiah-hadiah percuma bernilai RM1,726 jika mereka membeli OPPO Find X5 Pro 5G melalui laman sesawang rasmi OPPO, Shopee and Lazada.
layari https://www.oppo.com/my/store/contents/event/promotion/oppo-find-x5-pro-launch-terms-and-conditions/ untuk maklumat lanjut.