Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 15 Series mungkin yang pertama dengan port USB-C

Apple iPhone 15 Series mungkin yang pertama dengan port USB-C 1

Apple iPhone 15 Series mungkin yang pertama dengan port USB-C 2

Pengalanisa popular bagi Apple iaitu Ming Chi Kuo mendakwa bahawa Apple iPhone 15 akan menjadi iPhone pertama untuk menggunakan slot USB-C menggantikan Lightning. Maklumat beliau ini dikatakan dari sumber rantaian pembekal dan terdapat kemungkinan besar ianya tepat.

Saban tahun, apabila tempoh pelancaran generasi Apple iPhone yang baharu semakin hampir kita akan mendengar khabar angin mengenai penggunaan slot USB-C namun sehingga kini masih belum menjadi kenyataan.

Jika laporan terbaru ini tepat, Apple iPhone Series akan menjadi generasi terakhir untuk hadir dengan port Lightning dan iPhone adalah antara beberapa peranti sahaja lagi yang masih belum beralih kepada USB-C.

Penggunaan USB-C pada iPhone dijangka akan memberikan banyak manfaat kepada telefon pintar ini antaranya kadar pengecasan yang lebih pantas, perhubungan yang lebih mudah dan kemudahan menggunakan kabel untuk semua peranti mudah alih.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.