Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran cip Snapdragon 8 Gen 1+ mungkin ditunda

Pelancaran cip Snapdragon 8 Gen 1+ mungkin ditunda 1

Pelancaran cip Snapdragon 8 Gen 1+ mungkin ditunda 2

Qualcomm sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan cipset Snapdragon 8 Gen 1+ pada bulan ini namun laporan terbaru dari China mendakwa ianya akan hanya dilancarkan pada pertengahan kedua tahun ini.

Digital Chat Station mendakwa keputusan ini telah diambil selepas mengambil kira keadaan endemik di China.

Kelonggaran baharu di negara Asian dijangka akn menyumbang kepada peningkatan jangkitan dan ini akan memberikan kesan kepada ekonomi dan sosial pengguna.

Dalam pada itu, Digital Chat Station juga mendakw hubungan baik antara Lenovo dan Qualcomm mungkin menyaksikan syarikat ini melancarkan telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+ iaitu Motorola Edge 30 Ultra.

Snapdragon 8 Gen 1+ (bukan nama rasmi) dijangka akan membawakan peningkatan pretasi GPU manakala prestasi CPU dijangka akan kekal sama seperti Snapdragon 8 Gen 1.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.