Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X80 5G kini di Malaysia dengan cip Dimensity 9000 – harga RM 3,499

Selain vivo X80 Pro 5G , vivo juga telah melancarkan vivo X80 yang lebih berpatutan dengan cip MediaTek Dimensity 9000, 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

vivo X80 5G hadir dengan skrin paparan E5 AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Beralih kepada kamera, vivo X80 5G memiliki 4 sensor kamera iaitu satu sensor utama 50MP Sony IMX866 RGWB, sensor 12MP Sony IMX663 yang mempunyai 2x zoom dan sensor ultrawide 12MP Sony IMX663. Cip V1+ turut disertakan pada model ini.

Kamera selfie pada vivo X80 5G adalah sensor 32MP.

Beralih kepada bateri, vivo X80 memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 80W.

Selain itu, vivo X80 juga memiliki sensor capjari optikal, cip audio HiFi, NFC, pembesar suara stereo dan Funtouch OS 12 yang berasaskan Android 12.

vivo X80 5G ditawarkan pada harga RM 3,499 didalam dua pilihan warna iaitu Urban Blue dan Cosmic Black.

Pra-tempahan vivo X80 5G kini dibuka dimana setiap pembelian akan menerima vivo TWS 2e, phone case, 100 tahun waranti pertukaran one to one dan satu tahun waranti untuk bateri.

Pra-tempah vivo X80 5G di vivo eStore.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.