Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Watch Series 8 mungkin tampil dengan ciri bacaan suhu badan

Apple Watch Series 8 dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga 2022 bersama-sama iPhone 14 Series dan ianya dikatakan akan hadir dengan ciri bacaan suhu badan.

Penganalisa popular Apple, Ming-Chi Kuo berkata Apple Watch Series 8 dengan kebolehan bacaan suhu badan akan dilancarkan tahun ini walaupun terdapat laporan awal mengenai kemungkinan ianya tidak dapat ditawarkan pada generasi kali ini.

Kuo juga berkata bahawa Apple Watch Series 7 tidak mempunyai ciri ini kerana algoritma bacaan suhu telah gagal sebelum memasuki fasa EVT (ujian pengesahan kejuruteraan)

Algoritma bacaan suhu badan ini adalah penting untuk mendapat ukuran suhu yang tepat kerana ianya bergantung kepada suhu kulit yang cepat berubah bergantung kepada persekitaran luar.

Selain itu, Kuo juga berkata bahawa Samsung juga menghadapi masalah yang sama pada Galaxy Watch 5 dan terdapat kemungkinan jam pintar ini juga tidak mempunyai ciri bacaan suhu badan.

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.