Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Pad Mini kini rasmi di Malaysia dengan cip Unisoc T616 pada harga promosi serendah RM 599 sahaja


Selain realme 9, realme Malaysia juga telah  melancarkan tablet realme Pad Mini.

realme 9 dengan sensor 108MP HM6 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 899

realme Pad Mini adalah sebuah tablet kompak daripada syarikat ini yang telah dilancarkan baru-baru ini.

realme Pad Mini hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 8.7-inci dengan resolusi HD 1340 x 800 dan mempunyai reka bentuk ultra nipis iaitu hanya 7.6mm.

Selain itu, realme Pad Mini juga dilengkapi cip Unisoc T616 yang merupakan cipset kelas entry level yang turut dilengkapi GPU Mali-G57 MP1. ianya ditawarkan didalam dua konfigurasi iaitu 3GB RAM/32GB storan dalaman atau 4GB RAM/64GB storan dalaman.

Dalam pada itu, realme Pad Mini juga dilengkapi kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP untuk panggilan video.

Beralih kepada bateri, realme Pad Mini memiliki bateri berkapasiti 6,400mAh yang juga disertakan dengan pengecasan pantas 18W dan sokongan reverse charging.

Lain-lain spesifikasi realme Pad Mini adalah Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, antaramuka realme UI for Pad, slot microSD, bicu audio 3.5mm dan berat 372 gram.

realme Pad Mini  akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Gray dan Blue.

realme Pad Mini akan ditawarkan dengan harga seperti berikut :

realme Pad Mini 3GB/32GB (WiFi) – RM 699

realme Pad Mini 3GB/32GB (LTE) – RM 749

realme Pad Mini 4GB/64GB (LTE) – RM 799 – akan ditawarkan di realme authorised store sahaja.

realme akan mengadakan jualan istimewa pada 25 April ini dan anda boleh mendapatkan realme Pad Mini 3GB/32GB (WiFi) pada RM 599 manakala realme Pad Mini 3GB/32GB (LTE) boleh dibeli pada harga RM 699.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.