vivo X Note dilancarkan secara rasmi dengan skrin AMOLED 7.0-inci dan Snapdragon 8 Gen 1
Selain telefon pintar foldable pertama, vivo turut memperkenalkan vivo X Note, sebuah telefon pintar bersaiz tablet dengan skrin gergasi 7.0-inci.
vivo X Note menampilkan penggunaan skrin paparan Samsung E5 AMOLED 7” dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini mempunyai nisbah 21:10 dengan kecerahan maksima 1,500 nits, HDR10+ dan liputan DCI-P3 112%.
Skrin paparan besar ini juga mempunyai sensor capjari yang 3D Sonic Max daripada Qualcomm yang mempunyai ruang pengesanan lebih besar yang membolehkan dua jari dikesan serentak.
Beralih kepada bahagian dalaman, vivo X Note hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, 8GB atau 12GB RAM dengan storan dalaman sehingga 512GB. Terdapat juga ruang wap untuk sistem penyejukan cip yang efektif (47,132 mm²) dan lapisan grafit.
Ke bahagian kamera, vivo X Note hadir dengan sensor utama 50MP ISOCELL GN1, sensor periskop 125mm yang menawarkan 5x zoom optikal dan 60x zoom digital , sensor zoom 12MP yang menawarkan 2x zoom optikal dan sensor ultrawide 48MP. Terdapat juga penggunaan lensa ZEISS Vario-Tessar dan ISP V1.
Selain itu, vivo X Note memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 80W dan pengecasan tanpa wayar 50W serta pengecasan tanpa wayar berbalik 10W.
vivo X Note ditawarkan didalam tiga warna iaitu Blue, Black dan Gray iaitu dengan kemasan panel belakang Faux Leather.
vivo X Note akan ditawarkan pada harga seperti berikut;
vivo X Note 8/128GB – CNY 5,999 (RM 3,979)
vivo X Note 12/256GB – CNY 6,499 (RM 4,310)
vivo X Note 12/512GB – CNY 6,999 (RM 4,642)