OPPO A96 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 April ini
OPPO Malaysia secara rasminya telah mengesahkan pelancaran model telefon pintar terbaru didalam Siri OPPO A iaitu OPPO A96 untuk pasaran tempatan.
OPPO A96 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 April ini dan ianya dilihat akan tampil dengan reka bentuk OPPO Glow yang premium.
Selain itu, berdasarkan gambar yang disertakan pada emel jemputan, OPPO A96 juga dilihat akan memiliki sensor kamera utama 50MP AI bersama satu lagi sensor sampingan manakala pada bahagian hadapan terdapat skrin paparan punch-hole.
OPPO A96 juga mungkin tampil dengan kapasiti storan dalaman yang lebih luas dan terdapat juga kemungkinan ciri Extension RAM disertakan.
Akhir sekali,anda boleh menyaksikan majlis pelancaran OPPO A96 ini pada 18 April bermula jam 12.30 tengahari diFacebook OPPO Malaysia dan YouTube OPPO Malaysia