Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cip MediaTek Dimensity 1300 dilancarkan secara rasmi – setaraf Snapdragon 778G

Cip MediaTek Dimensity 1300 dilancarkan secara rasmi - setaraf Snapdragon 778G 1

Cip MediaTek Dimensity 1300 dilancarkan secara rasmi - setaraf Snapdragon 778G 2
MediaTek secara rasminya telah melancarkan cip Dimensity 1300 yang dijangka akan digunakan buat kali pertama pada OnePlus Nord 3.

Cip pemprosesan 6nm ini diperbuat oleh TSMC adalah cip 8 teras yang terdiri daripada 4 teras Cortex-A78 dan 4 teras Cortex-A55. Tugas grafik pula di uruskan oleh ARM Mali-G77 MC9.

Selain itu, cip MediaTek Dimensity 1300 ini juga menyokong paparan yang mempunyai kadar segar semula sehingga 168Hz dengan resolusi maksima FHD+ atau 2520x1080px dan ianya menyokong sehingga 16GB RAM 4266Mbps LPDDR4x serta storan dalaman UFS 3.1.

Dalam pada itu, ISP pada cip ini menyokong sensor kamera sehingga 200MP dan mampu merakam video 4K HDR dan terdapat cip tambahan untuk penstriman 4K yang lebih pantas.

Akhir sekali, MediaTek tidak mendedahkan model telefon pintar yang pertama akan menggunakan cipset ini namun OnePlus Nord 3 dikatakan sebagai antara yang pertama.

Sebagai perbandingan, Dimenisty 1300 dilihat mampu menawarkan prestasi setaraf cip Snapdragon 778G daripada Qualcomm.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.