Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition akan dilancarkan pada 12 April ini

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition akan dilancarkan pada 12 April ini 5
realme 9 Pro+ 5G telah dilancarkan di pasaran global sebelum ini dan kini satu edisi khas telefon pintar ini bakal dilancarkan di pasaran Thailand.

realme 9 Pro+ kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,599

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition telah disahkan akan dilancarkan dipasaran Thailand pada 12 April ini dan ianya hadir dengan reka bentuk kosmetik yang berbeza dari edisi biasa.

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition akan dilancarkan pada 12 April ini 6
Antara perbezaan yang ada pada panel belakang realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition ini adalah logo realme diletakkan pada bahagiang tengah manakala logo Free Fire didalam kemasan pelangi diletakkan pada bahagian bawah.

Panel ini juga mempunyai corak sirip yang berbeza dan memantulkan pelbagai warna pada sudut tertentu.

Selain itu, bersebelahan dengan modul kamera, terdapat juga tulisan “Booyah” yang merupakan satu platform penstriman.

Dalam pada itu, spesifikasi realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition masih belum didedahkan namun ianya dijangka akan sama seperti edisi biasa.

Akhir sekali, masih belum ada sebarang maklumat samada realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition akan ditawarkan di pasaran lain ataupun tidak.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.