Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12 Ultra akan hadir didalam 3 varian yang berbeza


Xiaomi 12 Series mungkin telah dilancarkan secara rasmi namun model utama didalam keluarga flagship Xiaomi ini iaitu Xiaomi 12 Ultra masih belum dilancarkan setakat ini.

Satu laporan terbaru dari China mengenai telefon pintar ini mendedahkan tentang bahan reka bentuk yang akan digunakan pada telefon pintar ini.

Jika Xiaomi Mi 11 Ultra ditawarkan didalam panel seramik sahaja, Xiaomi 12 Ultra akan ditawarkan didalam tiga varian yang diperbuat daripada gelas, seramik dan kulit vegan.

Varian gelas bagi Xiaomi 12 Ultra akan ditawarkan didalam beberapa warna manakala varian seramik akan ditawarkan didalam warna hitam dan putih diikuti varian kulit vegan yang masih diketahui akan ditawarkan didalam warna apa.

Selain itu, setiap varian ini juga dijangka akan mempunyai harga yang berbeza.

Buat masa ini tarikh pelancaran Xiaomi 12 Ultra masih belum diketahui.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.