Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y33T kini rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz dan cip Snapdragon 680 – Harga RM 999

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo Y33T di Malaysia dengan harga RM 999 sahaja.

vivo Y33T merupakan telefon pintar midrange yang hadir dengan reka bentuk yang premium dengan ketebalan 8.0mm dan berat sekitar 182gram.

vivo Y33T hadir dengan skrin paparan 90Hz berukuran 6.58-inci dengan resolusi FHD+. Ianya adalah paparan LCD dan disebabkan ini, sensor capjari telah diletakkan pada butang kuasa di bahagian sisi.

Beralih kepada bahagian dalaman, vivo Y33T memiliki pemproses Snapdragon 680, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, vivo Y33T juga mempunyai tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP, 2MP sensor makro dan 2MP sensor depth. Kamera selfie adalah 16MP.

Dalam pada itu, vivo Y33T juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

vivo Y33T juga memiliki ciri Extended RAM, slot triple card, antaramuka Funtouch OS 12 dan Multi Turbo 5.0 dengan game mode.

vivo Y33T akan dia didalam tiga pilihan warna iaitu Starry Gold, Midday Dream dan Mirror Black pada harga RM 999.

Dapatkan gift box dan 1 tahun tambahan waranti dengan pembelian vivo Y33T dari 2 April hingga 17 April 2022.

vivo juga menawarkan baucar bernilai RM 50 bagi pembelian peranti bernilai RM 899 ke atas.

Beli vivo Y33T di SINI

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.