Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar foldable vivo X Fold telah dikesan dengan skrin tanpa lekukan

Telefon pintar foldable vivo X Fold telah dikesan dengan skrin tanpa lekukan 1

Telefon pintar foldable vivo X Fold telah dikesan dengan skrin tanpa lekukan 2
Bukan lah sesuatu yang baharu untuk memperkatakan bahawa vivo sedang bersiap sedia untuk memasuki pasaran telefon pintar foldable dengan pelancaran vivo x Fold.

vivo X Fold telah dikesan digunakan oleh seseorang namun peranti ini dipasang dengan case untuk menyembunyikan reka bentuknya.

Berdasarkan gambar ini, vivo X Fold kelihatan tampil dengan reka bentuk tanpa lekukan yang ketara dan ianya terhasil dengan penggunaan komponen engsel yang kompleks. Skrin paparan foldable telefon pintar ini juga dilapisi gelas UTG.

Selain itu, vivo X Fold juga dikatakan akan memiliki skrin paparan utama QHD+ berukuran 8-inci, pemproses Snapdragon 8 Gen 1 dan bateri berkapasiti 4,600mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W dan pengecasan tanpa wayar pada kadar 50W.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat bila vivo X Fold akan dilancarkan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.