Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini Apple iOS 15.4 kini ditawarkan – FaceID kini berfungsi walaupun pakai pelitup muka

Kemaskini Apple iOS 15.4 kini ditawarkan - FaceID kini berfungsi walaupun pakai pelitup muka 1

Kemaskini Apple iOS 15.4 kini ditawarkan - FaceID kini berfungsi walaupun pakai pelitup muka 2
Apple secara rasminya telah mula menawarkan kemaskini iOS 15.4 dan iPadOS 15.4 yang membawa perubahan terbesar dari segi bagaimana FaceID berfungsi.

Kemaskini, Apple iOS 15.4 bermaksud FaceID pada model iPhone yang disokong kini akan berfungsi walaupun pemilik iPhone tersebut memakai pelitup muka. Ciri ini akan membolehkan FaceID membuat pengesanan wajah pengguna pada bahagian mata sahaja dan ianya kurang selamat berbanding pengesanan penuh tanpa pelitup muka.

Apple juga memberikan peringatan ini pada bahagian tetapan apabila anda mahu mengaktifkan ciri ini namun kebanyakkan pengguna pasti bersetuju untuk mengorbankan sedikit keselamatan FaceID kerana ianya bermaksud anda boleh membuka iPhone tanpa perlu menarik pelitup muka ke bawah dagu.

Walaubagaimanapun, ciri ini tidak akan sampai ke semua peranti iPhone dengan FaceID dan hanya akan ditawarkan pada iPhone 12 Series dan iPhone 13 Series walaupun sistem FaceID adalah sama sejak daripada iPhone X.

Selain itu, iOS 15.4 juga membawakan lebih 100 emoji baharu daripada set Emoji 14.0 dan pilihan suara baharu bagi Siri serta kebolehan untuk memberikan maklumat masa dan tarikh walaupun peranti tidak disambungkan kepada internet.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.