Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 2 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mac ini


realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran telefon flagship 2022 syarikat ini iaitu realme GT 2 Pro akan berlangsung pada 24 Mac ini.

realme GT 2 Pro Series ini terdiri daripada dua model iaitu realme GT 2 dan realme GT 2 Pro dan kedua-dua telefon pintar ini telah diumumkan untuk pasaran global pada Mobile World Congress (MWC 2022) baru-baru ini. (Masih belum ada pengesahan rasmi samada realme GT 2 memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak).


realme GT 2 Pro hadir reka bentuk khas berasaskan bahan belakang polimer berasaskan bio yang memberikan rasa seperti kertas dan ianya adalah kali pertama digunakan dipasaran.

Reka bentuk ini telah dibangunkan oleh Naoto Fukusawa bersama realme Design Studio yang menawarkan kekuatan struktur sama seperti bahan fosil namun lebih mesra alam.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi  realme GT 2 Pro akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan skrin paparan 2k+ dengan kadar segar semula 120Hz

Lain-lain spesifikasi realme GT 2 Pro boleh diketahui pada artikel dibawah :

realme GT 2 Pro kini rasmi untuk pasaran global -cip Snapdragon 8 Gen 1 dan skrin OLED 2K+

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.