Honor Magic4 Pro disahkan untuk pasaran Malaysia – flagship killer terbaru?
Baru-baru ini, HONOR telah melancarkan telefon pintar Flagship terbaharunya iaitu HONOR Magic4 Pro di Mobile World Congress Barcelona 2022, Sepanyol.
Honor Malaysia kini telah mengesahkan bahawa Honor Magic4 Pro akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi dan telefon pintar ini diklasifikasikan sebagai peranti flagship killer.
Honor Magic4 Pro membawa revolusi baharu dalam industri telefon pintar kerana ianya tampil dengan beberapa ciri-ciri premium seperti Fotografi Ultra-Fusion, videografi sinematik, skrin 120Hz, pengecasan 100W (berwayar dan tanpa wayar) dan prestasi Flagship yang unggul.
Mengulas sedikit spesifikasi telefon pintar terbaru Honor Magic4 Pro ini, ianya hadir dengan skrin paparan quad-curved LTPO OLED berukuran 6.81-inci dengan resolusi 1224 x 2664 piksel yang menyokong kadar segar semula 120Hz adaptive dan terdapat potongan berbentuk pil yang menempatkan kamera 12MP dan sensor depth 3D.
Honor Magic4 Pro tampil dengan reka bentuk modul kamera “Eye of Muse” dan ianya disertakan dengan satu sensor utama 50MP 1/1.56-inci bersama satu sensor ultrawide 50MP 1/2.5-inci. Honor Magic4 Pro ini juga memiliki sensor telefoto periskop 1/2-inci yang menyokong zoom optik 3.5x dan zoom digital 100x. sensor ToF dan sensor flicker juga disertakan.
Honor juga membawakan beberapa teknologi fotografi baharu seperti ultra fusion photography, AI Color dan Movie Master dengan sokongan rakaman video 60fps 4K 10bit yang dibangunkan dengan kerjasama IMAX.
Selain itu, cipset flagship Snapdragon 8 Gen 1 pada Honor Magic4 Pro ini juga dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dam storan dalaman sehingga 512GB serta GPU Turbo X.
Honor Magic4 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,300mAh dan ianya disertakan dengan teknologi pengecasan 100W Wired HONOR SuperCharge (0-100% 30 minit) dan 100W Wireless HONOR SuperCharge (0-100% dalam 15 minit).
Honor Magic4 Pro juga tampil dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68 manakala Magic4 hanya memiliki pensijilan IP54.