Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, NPU MariSilicon X dan kamera Hasselblad

Oppo Find X5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, NPU MariSilicon X dan kamera Hasselblad 1

Oppo Find X5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, NPU MariSilicon X dan kamera Hasselblad 2Oppo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu Oppo Find X5 Series yang menampilkan dua model iaitu Oppo Find X5 dan Oppo Find X5 Pro

Oppo Find X5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, NPU MariSilicon X dan kamera Hasselblad 3

Oppo Find X5 Pro

Oppo Find X5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, NPU MariSilicon X dan kamera Hasselblad 4
Oppo Find X5 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 1440p+ dan kadar segar semula 120Hz. Ianya adalah panel LTPO2 yang bermaksud kadar sebar semula skrin ini adalah dinamik mengikut kandungan ( 1Hz hingga 120Hz). Skrin paparan ini juga menyokong 10-bit warna dan mampu mencapai kadar kecerahan sehingga 1,300nits.

Oppo Find X5 kini rasmi dengan cip Snapdragon 888 – kamera sama seperti Find X5 Pro

Selain itu, Oppo Find X5 Pro juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus pada bahagian hadapan manakala panel belakang adalah diperbuat daripada seramik. Telefon pintar ini juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Oppo Find X5 Pro hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya menawarkan antaramuka ColorOS 12.1 yang berasaskan Android 12.

Oppo Find X5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, NPU MariSilicon X dan kamera Hasselblad 5

Oppo Find X5 memiliki dua sensor utama 50MP iaitu Sony IMX766 yang sama seperti generasi sebelum ini namun pelbagai penambahbaikan telah diberikan khususnya dengan penggunaan cip NPU 6nm MariSilicon X.

Dengan MariSilicon X, Oppo Find X5 Pro kini mampu mengambil rakaman video 4K Ultra Night yang lebih jelas dan warna yang lebih baik.

Oppo Find X5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, NPU MariSilicon X dan kamera Hasselblad 6

Selain itu, mod Pro pada aplikasi kamera telefon pintar ini menawarkan ciri Hasselblad Natural Color Calibration yang bergantung kepada sensor warna 13 saluran dan Oppo juga menggunakan elemen kaca pada kamera yang meningkatkan ketepatan warna dan Hasselblad juga telah membangunkan Master Filters

Kamera telefoto yang disertakan pada Oppo Find X5 Pro adalah unit 13MP dengan 2x zoom optik dan 5x zoom hibrid.

Oppo Find X5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, NPU MariSilicon X dan kamera Hasselblad 7

Kamera selfie adalah sensor Sony IMX709 dan pemprosesan imej selfie ini juga dilakukan oleh MariSilicon X.

Oppo Find X5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, NPU MariSilicon X dan kamera Hasselblad 8

Beralih kepada bateri, Oppo Find X5 Pro memiliki bateri 5,000mAh dan ianya menyokong pengecasan pantas 80W SuperVOOC dan pengecasan tanpa wayar 50W AirVOOC.

Bateri ini juga dilengkapi Battery Health Engine yang meningkatkan jangka hayat bateri dimana ianya mampu mengekalkan kapasiti 100% sehingga 1,600 kitaran pengecasan sebelum jatuh ke tahap 80% kapasiti. Ini adalah 2 kali ganda lebih lama berbanding bateri pad telefon pintar lain.

Oppo Find X5 Pro juga memiliki pembesar suara stereo Dolby Atmos, sistem penyejukan vapor chamber yang 75% lebih besar berbanding generasi lalu dan lapisan graphene pada bahagian pengecasan AirVOOC.

Oppo Find X5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1, NPU MariSilicon X dan kamera Hasselblad 9

Oppo Find X5 Pro akan ditawarkan dalam dua warna iaitu Ceramic White dan Glaze Black pada harga sekitar € 1,299 (RM 6,139) untuk pasaran Eropah.

Oppo Find X5 Pro dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam waktu terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.