Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12 Ultra dilaporkan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+ – pelancaran sekitar suku ke-3 tahun ini

Xiaomi 12 Ultra dilaporkan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+ - pelancaran sekitar suku ke-3 tahun ini 1

Xiaomi 12 Ultra dilaporkan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+ - pelancaran sekitar suku ke-3 tahun ini 2
Xiaomi telah memperkenalkan telefon pintar flagship 2022 mereka pada penghujung tahun lalu namun model yang paling premium didalam Xiaomi 12 Series masih belum dilancarkan.

Apa yang kami maksudkan adalah Xiaomi 12 Ultra dan tipster terkemuka di Weibo iaitu Digital Chat Station telah mendedahkan telefon pintar ini akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+.

Memandangkan Qualcomm hanya akan melancarkan cip versi “Plus” pada pertengahan kedua tahun tersebut, Xiaomi 12 Ultra dijangka akan dilancarkan pada suku ke-3 tahun ini.

Selain itu, cipset dengan nombor model SM8475 juga telah dikesan yang dikatakan sebagai Snapdragon 8 Gen 1+ memandangkan Snapdragon 8 Gen 1 mempunyai nombor model SM8450.

Akhir sekali , khabar angin juga mengatakan bahawa cipset ini akan dikilangkan pada proses 4nm TSMC dan bukanya oleh Samsung yang mengkilangkan cipset 4nm Snapdragon 8 Gen 1.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.