Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan Samsung Galaxy S22 Series kini menerima Galaxy Watch4 & Galaxy X LAMY Safari Twin Pen


Samsung Galaxy S22 Series yang dilancarkan minggu lalu telah mendapat permintaan yang sangat baik dimana stok bagi pra-tempahan awal yang hadir dengan hadiah eksklusif menarik telah habis.

Walaubagaimanapun, Samsung masih mahu memberikan pembeli terawal Galaxy S22 Series dan kini telah mengumumkan promosi pra-tempahan terbaru yang tidak kurang menariknya.


Setiap pra-tempahan Samsung Galaxy S22 Ultra akan menerima Galaxy Watch4 Bluetooth (40mm) bernilai RM 899 dan Galaxy X LAMY Safari Twin Pen bernilai RM 269.

Bagi pra-tempahan Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22+, anda akan menerima Galaxy Watch4 Bluetooth (40mm) bernilai RM 899.

Samsung Galaxy S22 Ultra kini dengan S Pen

Promosi ini adalah sah sehingga 3 Mac 2022 dan pra-tempahan boleh dilakukan di Stor Samsung Experience , Samsung Authorised Partners dan Samsung Malaysia Online Store.

Baca : Pandang Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra – Kembalinya Legasi Galaxy Note

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.