Oppo jalin kerjasama tiga tahun dengan Hasseblad untuk sistem kamera Oppo Find X Series
Oppo telah mengumumkan kerjasama tiga tahun dengan jenama kamera lagenda iaitu Hasselblad untuk membangunkan teknologi kamera bagi telefon pintar siri Oppo Find X.
Kedua-dua jenama itu akan menumpukan pada penemuan dalam sains warna untuk mencipta pengalaman fotografi mudah alih yang lebih baik melalui Hasselblad Camera for Mobile.
Bermula dengan penambahbaikan perisian untuk penalaan warna semula jadi, kerjasama tiga tahun itu akan meningkatkan lagi penyelesaian penentukuran warna dan menyasarkan untuk mewujudkan penanda aras baharu bagi prestasi warna kamera pada telefon pintar, memberikan prestasi warna semula jadi yang konsisten untuk telefon mudah alih OPPO untuk merangkumi semua senario dan merentasi keseluruhan sistem kamera.
Sebelum ini, OnePlus telah memeterai kerjasama dengan Hasselblad dan jenama ini kini bernaung sepenuhnya dibawah Oppo.
Telefon pintar pertama Oppo yang akan menggunakan teknologi Hasselblad Camera for Mobile adalah peranti flagship Oppo Find X Series yang akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2022 (Oppo Find X5 Series).