Canalys : 30 juta unit telefon pintar foldable akan terjual pada tahun 2024 – harga lebih murah
Laporan terbaru daripada Canalys mengenai ramalan pasaran telefon pintar foldable bagi tempoh beberapa tahun akan datang memberikan petunjuk yang sangat positif kepada pengeluar dan pengguna.
Canalys meramalkan pasaran telefon pintar foldable akan mencapai angka juala 30 juta unit pada tahun 2024 yang bermaksud ianya mencapai kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 53% antara 2021 dan 2024.
Berita baik kepada pengguna adalah, Canalys meramalkan harga jualan purata (ASP) peranti foldable akan menurun sebanyak 50% ke sekitar $1000 (RM 4,190) pada tahun 2024.
Selain itu, segmen pasaran telefon pintar foldable telah meningkat sebanyak 148% pada tahun 2021 berbanding tahun 2020 dengan 8.9 juta unit terjual yang didorong dengan pelancaran generasi baharu Galaxy Z Series.
Menjelang tahun 2024, kita mungkin menyaksikan lebih banyak syarikat telefon pintar mengeluarkan telefon pintar foldable dan Apple juga mungkin telah melancarkan telefon pintar foldable keluaran mereka yang tersendiri.