realme C35 bakal dilancarkan pada 10 Februari ini – design macam iPhone
realme telah mengesahkan bahawa realme C35 akan dilancarkan pada 10 Februari ini dan ianya telah disahkan akan memasuki pasaran Thailand terlebih dahulu.
realme C35 akan hadir dengan reka bentuk ‘flat’ dan ianya dilengkapi tetapan tri-kamera 50MP.
Selain itu, realme C35 akan hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.6-inci, pemproses Unisoc T616, 4GB RAM dan realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11.
Dalam pada itu, realme C35 juga akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W dan sensor capjari pada butang kuasa.
Pelancaran rasmi realme C35 akan berlangsung didalam masa 3 hari sahaja lagi dan terdapat kemungkinan ianya akan memasuki pasaran Malaysia.