Motorola Edge 30 Pro dijangka akan dilancarkan untuk pasaran antarabangsa pada bulan Februari
Pada bulan Disember yang lalu, Motorola secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship 2022 mereka iaitu Motorola Edge X30 di China yang juga merupakan telefon pintar pertama dipasaran dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.
Dalam pada itu, pelancaran antarabangsa Motorola Edge X30 ini dilaporkan akan berlangsung pada bulan Februari dengan nama Motorola Edge 30 Pro.
Motorola Edge 30 Pro akan hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Motorola Edge 30 Pro juga mempunyai lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 60MP.
Seperi Yang diperkatakan di atas, Motorola Edge 30 Pro akan hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 yang berdasarkan ujian dalaman Motorola di lihat menawarkan 20% peningkatan prestasi CPU, 30% peningkatan prestasi GPU dan 40% peningkatan prestasi AI berbanding cip Snapdragon 888+. Cip ini juga disertakan bersama RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman jenis UFS 3.1.
Beralih kepada kamera, Motorola Edge 30 Pro memiliki sensor utama 50MP OmniVision OV50A 1/1.55-inci yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 50MP ISOCELL S5KGM1 dan sensor depth 2MP.
Motorola Edge 30 Pro juga dijangka memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 68W dan ianya juga hadir dengan sistem operasi Android 12.