Xiaomi Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro kini rasmi dengan beberapa spesifikasi setaraf flagship
Xiaomi juga telah melancarkan Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G.
Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro yang tampil dengan skrin 120Hz FHD+ AMOLED DotDisplay berukuran 6.67-inci.
MIUI 13 kini rasmi – berikut adalah senarai model yang dapat pada suku pertama
Redmi Note 11 Pro 5G hadir dengan cip Snapdragon 695 yang dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Redmi Note 11 Pro pula tampil dengan cip MediaTek Helio G96 dengan kapasiti RAM dan storan dalaman yang sama.
Selain itu, Redmi Note 11 Pro 5G hadir dengan sensor utama 108MP bersama sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP, sensor ultra-wide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro juga memiliki kamera selfie 16MP.
Beralih kepada bateri, Redmi Note 11 memiliki berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W Wired Turbo yang mampu memberikan 50% pengecasan didalam masa 15 minit sahaja.
Lain-lain ciri yang dimilik Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro adalah dwi-speaker, sensor capjari di bahagian sisi, IR blaster, NFC, bicu audio 3.5mm dan sokongan hibrid 1 SIM + microSD.
Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro akan ditawarkan di Malaysia didalam masa terdekat.
MIUI 13 kini rasmi – berikut adalah senarai model yang dapat pada suku pertama