Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Foldable Google akan dikenali sebagai Pixel Notepad – rekaan seperti Oppo Find N

Oppo Find N

Telefon pintar foldable pertama Google yang sebelum ini dilaporkan akan dikenali sebagai Pixel Fold kini dikatakan akan dilancarkan dengan nama Pixel Notepad.

Lebih-lebih lagi, Google dilihat masih belum berputus asa didalam menjadikan telefon pintar foldable ini satu realiti dan menyasarkan untuk melancarkanya sebelum penghujung tahun 2022.

Selain itu, Google juga dikatakan mahu melancarkan telefon pintar ini pada harga sekitar $1,400 yang menjadikanya lebih murah berbanding Galaxy Z Fold3 yang bermula pada harga sekitar $1,700 di Amerika Syarikat.

Bercakap mengenai reka bentuk, Google Pixel Notepad akan mempunyai rekaan yang sama seperti Oppo Find N yang lebih pendek dan lebar.

Lebih-lebih lagi, Google Notepad ini akan menggunakan cip Google Tensor yang diperkenalkan pada Pixel 6 Series dan sensor utama 12.2MP Sony IMX363 yang telah digunakan pada Google Pixel 2 dan seterusnya, kecuali pada Pixel 6 Series.

Selain itu, Google Pixel Notepad juga dikatakan akan memiliki sensor ultrawide 12MP IMX386 dan dua kamera selfie 8MP IMX355s pada panel skrin hadapan dan utama dibahagian dalam.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.