Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple mulakan cabaran fotografi makro ‘shot on iPhone’ bagi pengguna iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max

Apple mulakan cabaran fotografi makro ‘shot on iPhone’ bagi pengguna iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max 1

Apple mulakan cabaran fotografi makro ‘shot on iPhone’ bagi pengguna iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max 2
Apple kini telah memulakan satu cabaran ‘Shot on iPhone’ 2022 yang menggalakan pengguna Apple iPhone 13 Pro dan Apple iPhone 13 Pro Max untuk menyertai cabaran ini dengan mengambil gambar makro terbaik melalui telefon pintar mereka.

Cabaran ini hanya dibuka kepada pengguna Apple iPhone 13 Pro dan Apple iPhone 13 Pro Max kerana ianya adalah satu-satunya model yang menawarkan fotografi jarak dekat atau makro.

Untuk menyertai cabaran ini, pengguna hanya perlu berkongsi gambar makro yang di ambil di Instagram, Twitter, atau Weibo dengan hashtag #ShotoniPhone dan #iPhonemacrochallenge. Gambar boleh di edit melalui aplikasi pihak ketiga dan anda juga perlu menyatakan model telefon pintar yang digunakan.

Selain itu, Apple juga menerima penyertaan melalui emel di shotoniphone@apple.com.

Cabaran ini bermula dari hari ini sehingga 16 Februari 2022 dan selepas tamat cabaran ini, para juri akan menilai kesemua gambar ini dam memilih 10 gambar makro terbaik.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang hadiah diberikan namun gambar yang terpilih akan digunakan oleh Apple untuk tujuan pemasaran dan kredit pemilik juga akan diberikan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.