Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P50 Pocket kini dibuka untuk pra-tempahan dengan hadiah percuma bernilai RM 2,700

HUAWEI P50 Pocket kini dibuka untuk pra-tempahan dengan hadiah percuma bernilai RM 2,700 3

Pada awal bulan ini, HUAWEI telah memperkenalkan telefon pintar foldable terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI P50 Pocket dan ianya telah dibuka untuk pra-tempahan mulai 22 Januari sehingga 13 Februari pada harga dari RM 5,999.

Promosi Trade-In

Selain itu, HUAWEI juga menawarkan promosi trade ini menarik bagi pembelian telefon pintar ini dimana jika anda membawa apa sahaja peralatan elektronik yang berfungsi untuk promosi ini anda akan menerima rebat bernilai RM 300 bagi pembelian HUAWEI P50 Pro, rebat RM 500 bagi pembelian HUAWEI P50 Pocket dan rebat RM 80 bagi pembelian HUAWEI Watch GT3 atau HUAWEI Watch GT Runner.

 Maklumat lanjut bagi promosi Trade-Up ini boleh diketahui dengan mengunjungi HUAWEI Experience Store yang berdekatan.

Setiap pembelian HUAWEI P50 Pocket atau HUAWEI P50 Pocket Premium Edition akan menerima HUAWEI WATCH 3 – tali Black Fluoroelastomer (bernilai RM1,699), perkhidmatan HUAWEI Mobile Services bernilai RM 434 dan pelbagai baucar bernilai RM 600.

HUAWEI P50 Pocket akan mula ditawarkan di Malaysia pada 22 Februari 2022.

maklumat lanjut di HUAWEI Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.