Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandangan Pertama Honor Magic V – Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 1

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 2
Telefon pintar foldable pertama Honor iaitu Honor Magic V telah dilancarkan secara rasmi beberapa hari lalu dan kami telah memperoleh peluang untuk melihat dan mencuba sendiri dengan peranti ini.

Walaupun tiada sebarang kepastian telefon pintar ini akan ditawarkan di pasaran antarabangsa atau Malaysia, Honor Magic V adalah sebuah peranti yang patut diberikan perhatian.

Berikut adalah sekilas pandang Honor Magic V yang boleh dikatakan sebagai antara telefon pintar foldable yang lengkap untuk pengguna.

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 3
Peranti foldable dengan reka bentuk yang lebih lengkap

Honor Magic V tampil dengan reka bentuk peranti foldable yang lebih nipis iaitu hanya 14.3mm apabila dilipat dan 7.6mm apabila skrin dibuka sepenuhnya.

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 4

Honor Magic V juga menampilkan reka bentuk engsel waterdrop yang memastikan tiada sebarang ruang apabila telefon pintar dilipat dan kesan lekukan yang lebih minima.

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 5
Selain itu, Honor Magic V juga menampilkan reka bentuk yang elegan dan ianya ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, Space Silver dan  Burnt Orange yang diperbuat daripada kulit vegan.

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 6

Honor Magic V juga merupakan antara telefon pintar foldable paling ringan dipasaran dengan berat hanya 288-292 gram.

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 7

Telefon Pintar Foldable pertama dengan cip Snapdragon 8 Gen 1

Honor Magic V juga boleh telah menyandang gelaran telefon pintar foldable pertama dipasaran dengan cip flagship 4nm daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1 dan ianya juga dipadankan dengan 12GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB.

Honor Magic V juga akan disertakan dengan antaramuka Magic UI 6.0 yang menampilkan enjin AI Honor iaitu Magic Live yang mampu berfungsi sebagai untuk bertindak sebagai pembantu peribadi, mempelajari tabiat dan tingkah laku pengguna secara bijak untuk memberikan cadangan yang disesuaikan, contohnya, peringatan perjalanan seperti masa daftar masuk dan kemas kini pintu masuk penerbangan.

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 8
Honor Magic V juga menyokong mod split screen yang membolehkan anda membuka sehingga 4 aplikasi serentak

Magic Live juga akan menjadi lebih pintar pada masa hadapan, menyokong pengguna dalam senario seperti kerja rasmi, pembelajaran , kesihatan dan kecergasan, perkhidmatan gaya hidup dan banyak lagi.

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 9
Tiga kamera 50MP dan 2 kamera selfie 42MP

Kebanyakkan telefon pintar foldable dipasaran dilihat mengabaikan pengalaman kamera yang baik namun Honor Magic V boleh dikatakan tampil dengan tetapan kamera terbaik dipasaran.

Pada bahagian belakang, Honor Magic V menampilkan pengguna tiga kamera 50MP iaitu satu sensor wide, satu sensor ultrawide dan satu sensor color spectrum

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 10

Skrin Paparan Utama dan Luar yang lebih kompak

Honor Magic V hadir dengan skrin paparan luaran Curved Nano Crystal Glass berukuran 6.45-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan nisbah 21:9 dan kecerahan maksima 1,000nits. Skrin ini juga mempunyai bezel sisi yang nipis dan ini memberikan kadar nisbah kepada skrin yang tinggi iaitu 90%.

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 11
Beralih kepada skrin paparan utama pula, Honor Magic V memiliki skrin paparan berukuran 7.9-inci namun kadar segar semula yang dimiliki skrin ini adalah 90Hz dengan kecerahan maksima 800 nits.

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 12
Pengecasan Pantas Honor SuperCharge 66W

Honor Magic V dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,750mAh yang terdiri daripada dua sel bateri.

Bukan itu sahaja, Honor Magic V juga menawarkan sokongan pengecasan 66W HONOR SuperCharge yang membolehkan 50% pengecasan dilakukan didalam masa 15 minit sahaja.

Pandangan Pertama Honor Magic V - Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 13

Akhir sekali, Honor Magic V merupakan telefon pintar foldable pertama daripada Honor namun syarikat ianya boleh diletakkan sebagai sebuah telefon pintar foldable yang paling lengkap dipasaran.

Buat masa ini, Honor Magic V hanya ditawarkan di China namun pelancaran global adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh peminat Honor.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.