Samsung Galaxy S22 Ultra mungkin sokong pengecasan pantas 45W
Samsung dilihat akan menawarkan semula teknologi pengecasan pantas 45W pada telefon pintar flagship mereka dan ianya akan bermula dengan Samsung Galaxy S22 Ultra.
Roland Quandt telah mendedahkan satu imej adapter pengecasan PD dengan nombor model EP-T4510 yang akan dijual berasingan.
Bersama-sama pembelian adapter ini, anda juga akan menerima satu kabel USB-C ke USB-C.
Jika laporan ini tepat, Samsung Galaxy S22 Ultra akan menjadi telefon pintar pertama Samsung selepas Galaxy S20 Ultra untuk hadir dengan pengecasan 45W.
Selepas menyelesaikan pelancaran Samsung Galaxy S21 FE yang kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia, Samsung kini dilihat bersiap sedia untuk melancarkan Samsung Galaxy S22 Series didalam waktu terdekat.