Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO 9 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 120W

iQOO 9 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 120W 1


iQOO 9 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 120W 2Anak syarikat vivo iaitu iQOO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu iQOO 9 dan iQOO 9 Pro yang juga disertai dengan satu edisi khas iQOO 9 Pro BMW M.

iQOO 9 hadir dengan skrin paparan ‘flat’ AMOLED berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 1,500nits.

iQOO 9 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 120W 3

Pada bahagian kamera, iQOO 9 memiliki sensor utama 50MP Samsung ISOCELL GN5 yang mempunyai OIS dan aperture f/1.75, sensor ultrawide 120° 13MP dan sensor telefoto 12MP yang menawarkan 2x zoom. Kamera selfie adalah 16MP f/2.45.

iQOO 9 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 120W 4
Menguasakan telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 8 Gen 1 yang disertakan dengan 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 512GB.

Beralih ke bahagian bateri, iQOO 9 hadir dengan bateri berkapasiti 4,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W (0-100% dalam 19 minit). iQOO 9 juga hadir dengan antaramuka OriginOS Ocean yang berasaskan Android 12.

iQOO 9 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 120W 5

Berikut adalah harga iQOO 9 :

iQOO 9 8/256GB – CNY 3,999 (RM 2,630)

iQOO 9 12/256GB – CNY 4,399 (RM 2,893)

iQOO 9 12/512GB – CNY 4,799 (RM 3,156)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.