Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 9RT mula ke pasaran global

 

OnePlus telah melancarkan OnePlus 9RT pada bulan Oktober yang lalu di China dan kini telefon pintar ini dijangka akan memasuki pasaran global dan OnePlus India telah mengesahkan ianya akan memasuki pasaran itu tidak lama lagi.

OnePlus India telah mengeluarkan satu video teaser di Twitter yang mendedahkan kod morse yang diterjemahkan kepada OnePlus 9RT.

OnePlus 9RT hadir dengan skrin paparan E4 AMOLED berukuran 6.62-inxo dengan resolusi 120Hz yang menyokong HDR10+.

Untuk gaming tanpa gangguan, OnePlus 9RT juga mempunyai tiga antena Wi-Fi pada sekeliling peranti dan terdapat juga 4D haptic.


Bersama- sama pemproses Snapdragon 888, terdapat dua kapasiti RAM jenis LPDDR5 yang ditawarkan iaitu 8GB atau 12GB manakala storan dalaman adalah jenis UFS 3.1 pada kapasiti 128GB atau 256GB.

Selain itu, sistem penyejukan OnePlus 9RT juga telah ditambah baik yang mana teknologi Space Cooling ini tampil dengan heat sink yang 59% lebih besar sekaligus meningkatkan kadar pelesapan haba sebanyak 20%.

Beralih kepada kamera pula, OnePlus 9RT hadir dengan sensor utama 50MP Sony IMX766, sensor ultrawide 120° beresolusi 16MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP iaitu sensor Sony IMX471.

Pada bahagian bateri, OnePlus 9RT hadir dengan sel bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas WarpCharge 65T.

Selain itu, OnePlus 9RT juga mempunyai sensor capjari dalam skrin, pembesar suara stereo Dolby Atmos, dual-5G, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.2.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.