Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P50 Pocket dan P50 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Januari


HUAWEI Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa HUAWEI P50 Pocket akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Januari ini ianya akan turut disertai dengan pelancaran satu model HUAWEI P50 Series iaitu HUAWEI P50 Pro.

HUAWEI P50 Pocket telah dilancarkan untuk pasaran global pada 23 Disember yang lalu dan Malaysia boleh dikatakan sebagai antara pasaran terawal untuk menerima telefon pintar ini.

HUAWEI P50 Pocket hadir dengan skrin paparan utama berukuran 6.9-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan ianya turut memiliki smart Cover Screen yang di letakkan pada reka bentuk double-ring yang sinonim dengan HUAWEI P50 Series.

HUAWEI P50 Pocket hadir dengan tiga unit kamera pada bahagian belakang iaitu satu sensor utama 40MP True-Chroma , satu sensor ultrawide 13MP, sensor 32MP Ultra-Spectrum dan sensor suhu warna. terdapat juga kamera selfie pada skrin utama.

HUAWEI P50 memiliki pemproses flagship Snapdragon 888 4G, 8GB RAM dan 256GB storan dalaman. Walaupun hadir dengan reka bentuk yang kompak, HUAWEI P50 Pocket hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 40W.

HUAWEI P50 Pocket akan ditawarkan didalam dua warna iaitu White dan Premium Gold.

Dalam pada itu, HUAWEI P50 Pro yang dilancarkan pada bulan Julai lalu juga akan ditawarkan di Malaysia.

HUAWEI P50 Pro akan tampil dengan skrin paparan 120Hz curved OLED berukuran 6.6-inci, pemproses Kirin 900/Snapdragon 888 4G dan sehingga 12GB RAM.


HUAWEI P50 Pro memiliki satu sensor B&W 40MP iaitu pada lensa 26mm dengan aperture f/1.6 , sensor ultrawide 13MP dan sensor periskop 64MP yang menawarkan zoom sehingga 100x.

HUAWEI P50 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,360mAh dengan pengecasan pantas 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.