Apple iPhone 14 Series mungkin tampil dengan paparan Hole-Punch
Laporan mengenai Apple menggunakan skrin paparan punch-hole pada iPhone 14 Series bukan sesuatu yang baru namun ianya kini di sokong oleh Editor Bloomberg yang sangat arif tentang Apple iaitu Mark Gurman.
Melalui podcast Power On, Mark Gurman menyatakan bahawa beliau meramalkan Apple akan membuang notch pada beberapa model iPhone 2022.
Jika Apple memutuskan untuk menggunakan reka bentuk punch-hole pada iPhone 14 Series, FaceID dijangka akan diletakkan dibawak skrin dan Apple juga telah membangunkan teknologi ini dan ianya berkemungkinan besar akan diperkenalkan pada pelancaran Apple iPhone 14 Series yang akan berlangsung didalam masa beberapa bulan.
Selain itu, Gurman juga menyatakan bahawa Apple bakal melancarkan iPhone SE 5G dan Apple Watch versi lasak pada WWDC 2022 pada bulan Jun.