Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini MIUI 13 akan bermula suku pertama 2022 – berikut senarai penuh model yang layak


Majlis pelancaran Xiaomi beberapa hari lalu telah memberikan kita generasi flagship terbaru syarikat ini iaitu Xiaomi 12 Series namun bukan itu sahaja yang diumumkan oleh syarikat ini.

Generasi UI terbaru Xiaomi yang lebih popular dengan gelaran MIUI juga telah diumumkan dan ianya memasuki iterasi ke 13.

Xiaomi kini telah mengumumkan senarai telefon pintar sediada yang akan dikemaskini ke MIUI 13.

Penambahbaikan yang dibawa oleh versi terbaru MIUI untuk telefon pintar adalah termasuk keselamatan yang dipertingkatkan dengan perlindungan penipuan elektronik, kawalan privasi baharu, widget yang diubah suai, wallpaper dan fon Mi Sans baharu.

Pengguna global yang memiliki telefon pintar Xiaomi yang tersenarai boleh menjangkakan untuk menerima kemaskini MIUI 13 bermula suku pertama 2022.

Berikut adalah senarai penuh peranti Xiaomi yang akan menerima MIUI 13 pada fasa pertama kemaskini :

  • Xiaomi Mi 11
  • Xiaomi Mi 11 Ultra
  • Xiaomi Mi 11i
  • Xiaomi Mi 11X Pro
  • Xiaomi Mi 11X
  • Xiaomi 11T Pro
  • Xiaomi 11T
  • Xiaomi Mi 11 Lite
  • Xiaomi Mi 11 Lite 5G
  • Xiaomi 11 Lite 5G NE
  • Xiaomi 11 Lite NE
  • Xiaomi Pad 5
  • Redmi 10
  • Redmi 10 Prime
  • Redmi Note 8 (2021)
  • Redmi Note 10 Pro
  • Redmi Note 10 Pro Max
  • Redmi Note 10
  • Redmi Note 10 JE

Senarai ini mungkin merujuk kepada fasa 1 kemaskini MIUI 13, lebih banyak model mungkin ditambah ke senarai dari semasa ke semasa.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.