Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen1 dan skrin LTPO 2K 120Hz

Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen1 dan skrin LTPO 2K 120Hz 1

Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen1 dan skrin LTPO 2K 120Hz 2
Selepas lama dinantikan, Xiaomi akhirnya telah melancarkan telefon pintar flagship 2022 mereka iaitu Xiaomi 12 Series dan sebagai permulaan akan ditawarkan di China.

Terdapat tiga model didalam Xiaomi 12 Series ini iaitu Xiaomi 12, Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12X namun artikel ini memfokuskan kepada Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro sahaja.

Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen1 dan skrin LTPO 2K 120Hz 3

Xiaomi 12

Xiaomi 12 merupakan telefon pintar flagship kompak yang hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.82-inci dengan kadar segar semula 120Hz, sensor capjari dalam skrin dan gelas keselamatan Corning Gorilla Victus.

Xiaomi 12 tampil dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 seperti pada Xiaomi 12 Pro dan ianya dipadankan dengan beberapa kapasiti RAM dan storan dalaman.

Beralih kepada kamera, Xiaomi 12 tampil dengan sensor utama 50MP Sony IMX 766, sensor ultrawide 13MP dan sensor 5MP tele-makro 50mm

Bercakap mengenai bateri, Xiaomi 12 memiliki bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 50W dan pengecasan tanpa wayar 10W dan antaramuka MIUI 13.

Berikut adalah harga bagi Xiaomi 12 :

Xiaomi 12 8/128GB – CNY 3,699 (RM 2,427)

Xiaomi 12 8/256GB – CNY 3,999 (RM 2,625)

Xiaomi 12 12/256GB – CNY 4,399 (RM 2,887)


Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen1 dan skrin LTPO 2K 120Hz 4
Xiaomi 12 Pro

Xiaomi 12 Pro adalah flagship sebenar didalam Xiaomi 12 Series dan ianya tampil dengan skrin paparan 2K berukuran 6.73-inci yang menggunapakai panel LTPO 2.0 dengan kadar segar semula 120Hz dan dilapisi gelas Corning Gorilla Victus.

Xiaomi 12 Pro juga hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 yang ditawarkan dengan 8GB/12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Pada bahagian kamera, Xiaomi 12 Pro memiliki tiga sensor iaitu sensor utama 50MP Sony IMX707, sensor potrait 50MP dan sensor ultrawide 50MP.

Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen1 dan skrin LTPO 2K 120Hz 5

Xiaomi 12 Pro juga memiliki teknologi pemfokusan pantas terbaru yang dibangunkan oleh syarikat ini iaitu CyberFocus selain algoritma baharu night mode.

Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen1 dan skrin LTPO 2K 120Hz 6

Bateri yang dimiliki Xiaomi 12 Pro adalah 4,600mAh dengan pengecasan pantas 120W dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa wayar 50W. Xiaomi juga menyertakan cip Surge P1 untuk menguruskan tenaga pengecasan.

Berikut adalah harga Xiaomi 12 Pro :

Xiaomi 12 Pro 8/128GB – CNY 4,699 (RM 3,084)

Xiaomi 12 Pro 8/256GB – CNY 4,999 (RM 3,281)

Xiaomi 12 Pro 12/256GB – CNY 5,399 (RM 3,544)

Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro juga akan hadir dengan MIUI 13 dan akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu black, blue dan pink bersama satu edisi khas kulit vegan berwarna hijau.

Jualan di China akan bermula pada 31 Disember manakala maklumat pelancaran antarabangsa masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.