Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M33 akan tampil dengan cip Exynos 1200 dan bateri 6,000mAh


Samsung Galaxy M33 yang akan dilancarkan sebagai pengganti kepada Galaxy M32 kini telah dikesan di Geekbench dengan menggunakan cip Exynos 1200.

Cip Exynos 1200 ini juga akan digunakan pada Samsung Galaxy A53 5G dan kedua-dua model dikatakan akan hadir dengan spesifikasi yang sama kecuali kapasiti bateri yang lebih besar pada Galaxy M33.

Samsung Galaxy M33 telah disahkan akan memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh selepas ianya menerima pensijilan SafetyKorea dan ianya adalah kapasiti yang sama seperti pada Galaxy M32.

Prototaip telefon pintar yang dikesan di Geekbench ini juga mempunyai 6GB RAM namun ianya pasti ditawarkan didalam beberapa konfigurasi RAM dan storan dalaman.

Selain itu, Samsung Galaxy M33 ini dijangka akan dilancarkan dengan Android 12 namun ini mungkin juga bermaksud pelancaran telefon pintar ini hanya akan berlangsung selepas pelancaran produk flagship Samsung.

Samsung Galaxy M33 dijangka akan ditawarkan pada harga jualan yang amat kompetitif.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.