Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Foldable Kompak HUAWEI P50 Pocket kini rasmi


HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar boleh lipat kompak pertama mereka iaitu HUAWEI P50 Pocket yang merupakan pencabar kepada Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

HUAWEI P50 Pocket hadir dengan skrin paparan utama berukuran 6.9-inci yang merupakan panel OLED 1 bilion warna yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan nisbah 21:9 (442 ppi).

HUAWEI P50 Pocket juga mempunyai smart Cover Screen yang di letakkan pada reka bentuk double-ring yang sinonim dengan HUAWEI P50 Series.


HUAWEI P50 Pocket hadir dengan reka bentuk engse multi-dimensional yang memberikan lipatan tanpa sebarang ruang dan ianya adalah juga lebih tahan lasak dan kukuh berbanding generasi sebelum ini.


HUAWEI P50 Pocket hadir dengan tiga unit kamera pada bahagian belakang iaitu satu sensor utama 40MP True-Chroma , satu sensor ultrawide 13MP, sensor 32MP Ultra-Spectrum dan sensor suhu warna. terdapat juga kamera selfie pada skrin utama.

HUAWEI P50 Pocket juga mempunyai sensor capjari pada butang kuasa di sisi


HUAWEI P50 hadir dengan pemproses flagship Snapdragon 888 4G, 8GB RAM dan 256GB storan dalaman. Walaupun hadir dengan reka bentuk yang kompak, HUAWEI P50 Pocket hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 40W.

HUAWEI P50 Pocket akan ditawarkan didalam dua warna iaitu White danĀ Premium Gold.

HUAWEI P50 Pocket 8/256GB CNY 8,988 (RM 5,944)

HUAWEI P50 Pocket Premium Edition 12/512GB – CNY 10,988 (RM 7,266)

Harga jualan HUAWEI P50 Pocket bagi pasaran Malaysia masih belum diketahui namun ianya telah disahkan akan dilancarkan di pasaran tempatan pada awal tahun 2022.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.